Tuesday, May 26, 2009

kudakepang: Please dont push the limit!

Datuk Ron,

Siapa yang hebuh pasal Chen Peng? Datuk Rais hanya mencari publisiti murahan dengan sikap ketegasan yang tidak tentu hala tujuan. Rakyat Malaysia dah muak dengan komunis. Orang tua itu tidak akan dapat aktif sepertimana Abdullah C.D dan Samsiah Fakih. Ideologi sesuatu fahaman politik bukan boleh datang dalam sehari dua? Mana pergi sb yang handal sangat waktu mengawasi bekas-bekas pemimpin komunis yang telah diampunkan?

Jangan salahkan Pengerusi Gerakan Pualau Pinang tersebut. Permintaannya berdasarkan pengampunan masa lalu kepada pemimpin-pemimpin komunis? Bukan kah waktu itu Tun M yang mulakan. Kenapa tiada siapa yang pertikaikan?

Kelemahan kerajaan kerana pandai memulakan memberi gula tetapi tidak pandai mengawal penyakit kencing manis tersebut.

Sandiwara Rais cuma hendak menunjukkan KPInya. Itu sahaja kerana 5 bulan tidak lah lama. Golongan muda tidak akan terpengaruh dengan fahaman komunis. Percayalah! Otak mereka lebih matang dari sesetengah pemimpin kita. Bukan kah komunis itu tidak beragama? Bangsa cina juga sudah selesa dengan keadaan sekarang. Mereka hanya berfahaman dan beridelogikan 'duit' untuk hidup.

Datuk Ron, saya bukan bela komunis tetapi kadangkala kita lupa sejarah tentang apa yang telah kita lakukan. Betullah apa kata Tun Mahathir,"Melayu mudah lupa". Orang tua-tua pernah berkata kita jangan mudah bagi betis, nanti mereka minta paha! Atau belanda minta tanah?

Apa pun saya bukan sokong Chen Peng pulang ke Malaysia cuma sekadar berpersepsi tentang tingkahlaku pemimpin kita yang telah lalu sekadar renungan. Jangan kita bersilat tak tentu hala atau saja menghasut kerana permintaan itu datang dari kaum cina. Bukankah cina juga yang memakmurkan negara ini?

No comments: